afizudin@PixCursor

CANON | 5D Mark II, 1000D, 24-105mm f/4L IS, 50mm f/1.4, 580EX II

Budiman dan Juliana | Resepsi II

February11

Majlis Budi ni saya terima last minit, seminggu sebelum majlis. Itu pun saya cume reserved kan je sebab booking payment belum dibayar. Tak kesampaian nak jumpa, maklumla baru balik dari Qatar, sibuk pula dgn persiapan majlis. Masa jumpa dekat rumah Julie pun tak boleh buat apa2, sebab saya tak bawak aggreement. Jadi saya cuma reserved kan date saja. Alhamdullillah majlis Budi berjalan dgn lancar. Meriah sekali dgn gelagat2 keluarga belah Julie, you all mmg ROCK!! Apa2 pun saya mintak maaf byk2 kat Budi sebab tak dapat nak buat outdoor, sebab hujan.


Ni la keluarga belah Julie, sporting.. pantang freestyle je, mcm2 la jadi


“Dia… Isabella.. lambang cinta..”

posted under Weddings | No Comments »

Budiman dan Juliana | Resepsi

February5

Seminggu sebelum majlis resepsi ni, saya telah pergi servey jalan ke rumah Julie. Masa tu lah saya jumpa Budiman husband Julie. Budi ni kalau dia bercakap, memang berbudi bahasa dan sopan santun, mmg kenalah dgn nama dia jugak. Masa jumpa tu rupa2nya Budi ni baru je 3 hari balik dari Qatar.. Keluarga belah Julie semua memang sporting. Diorg ni lah yg buat majlis jadi happening habis..

“Wiii…duri.. eloq bagai rembulan…”

posted under Weddings | No Comments »

Budiman dan Juliana | Akad Nikah

February1

Daripada izwan(http://www.izwanjailani.com) kepada Farid(http://www.farididzwan.com), Dan daripada Farid terus ke Saya.. Saya amat berterima kasih kepada mereka2 ini kerana telah memperkenalkan saya kepada Julie. Masa mula2 Julie call saya, selepas bercakap 1-2 minit, dia terus je tanya mcm mana nak bayar booking, belum pernah org call saya terus nak bayar booking. Jadi saya nasihatkan Julie supaya tengok dulu website saya, then kalau hasil kerja saya memuaskan hati, baru boleh buat booking. Alhamdulillah Julie berkenan dgn hasil kerja saya. Thanks Julie.. malam esok nya barulah Julie buat appointment dgn saya utk sesi discussion dan pembayaran booking.

Pada job Julie ni, pukul 6.15pagi lagi saya dah kena keluar rumah. Satu penderaan drpd pengantin, hehe.. takpe saya tak kisah. Sebab Julie minta saya shoot gambar makeup. Sesi make-up bermula pukul 7 pagi. Jadi saya kena sampai dalam pukul 7 pagi. Masa saya sampai, saya nak masuk rumah pun segan2, sbb ada org tgh tidur lagi kat ruang tamu.. hehe.. ok enjoy the pix!

posted under Weddings | No Comments »