Kisah Portal Kahwin Yang Kantoi… ! ! !
Salam dan selamat sejahtera kepada semua pelawat-pelawat yang membaca entry kali ini.
Tujuan entry ini adalah bertujuan untuk berkongsi cerita kepada anda semua berkenaan sikap dan tingkah laku seseorang yang anda kenali dan dianggap sopan dihadapan anda, tetapi tidak di belakang anda.
Kita sememangnya sudah sinonim dengan maksud ‘kahwin’, ianya berkait rapat dengan servis-servis seperti katering, mak andam, pelamin, hantaran, fotografer dan sebagainya. Wujud juga laman-laman web khusus untuk bakal-bakal pengantin bagi mencari servis-servis yang mereka perlukan dan secara tak langsung laman web ini telah membantu bakal-bakal pengantin ini.
Saya sebagai fotografer juga telah mengambil inisiatif ini untuk mengiklan servis saya di laman web www.kahwin****.com sejak tahun 2008 lagi. Saya sangat tertarik dengan nama domain yang diberikan, www.kahwin****.com dimana perkataan ‘kahwin’ telah digunakan. Jadi, pada pandangan saya kalau dah nama domain pun ‘kahwin’, sudah tentulah ianya khusus untuk perkahwinan sahaja.
Rupa-rupanya saya silap, laman web tersebut telah disalah-gunakan. Kebelakangan ini banyak iklan-iklan yang telah melanggar etika perkahwinan diruangan iklan laman web tersebut. Pada 14 Mei 2009, saya dengan perasaan kecewa telah menulis komen di blog kahwin**** tersebut. Berikut komen yang telah saya tulis:-
Saya dgn jujur ingin mengatakan website kahwin**** versi terbaru ini adalah yg terbaik untuk industri perkahwinan di Malaysia. Malangnya telah berlaku beberapa iklan yg telah melanggar etika lama web di sini. Adakah berlaku unsur-unsur rasuah di sini, atau unsur-unsur politik pilih bulu..
Apakah kaitan laman web “KAHWIN”**** dgn “PELABURAN INTERNET”. Adakah pihak kahwin**** ingin merosakkan periuk nasi sendiri?? Fikir-fikirkan lah semula iklan dari ‘VEMMA’.
Link URL seperti dibawah adalah IKLAN PEROSAK laman web kahwin****.
1. *************************
2. *************************
Komen saya diatas telah dikuarantinkan dan telah dibalas melalui email:-
Salam Saudara Afizudin,
Terima kasih kerana memberikan komen ke dalam blog Kahwin ****.
Segala pandangan yang diberikan oleh anda amat kami hargai. Saya secara peribadi setuju dengan apa yang telah anda lontarkan dan suka cita kami ingin memaklumkan bahawa kami sedia mengkaji kontrak pemasangan iklan Headline, Billboard dan Kiosk kami.
Untuk pengetahuan anda, kontrak pengiklanan yang telah diberikan kepada advertiser di Kahwin **** tidak menyatakan syarat-syarat berkenaan iklan MLM, kami menerima sebarang iklan asalkan mereka tidak menyalahi undang-undang, tiada unsur perjudian dan lucah.
*kemungkinan saudara Afizudin tidak menerima kontrak ini kerana anda adalah advertiser dari Kahwin **** versi Beta Pertama.
Oleh itu kami terpaksa menerima apa sahaja iklan yang memenuhi kontrak yang telah kami berikan.
Impaknya, kami menerima pelbagai maklum balas dari pengguna-pengguna Kahwin **** yang sependapat dengan anda.
Apa yang akan kami lakukan adalah, kami akan mengkaji semula kontrak ini dan sekiranya perlu, kami tidak akan memperbaharui iklan-iklan yang tidak berkaitan dengan perkahwinan.
Akhir kata, kami dari Kahwin **** akan sentiasa memastikan anda adalah keutamaan kami (usahawan-usahwan perkahwinan).
I***
http://www.kahwin****.com
Pembantu Bisnes Kahwin Anda
Dan saya juga telah membalas email diatas seperti berikut:-
Terima kasih kerana keperihatinan kahwin****..
Apa yg ingin saya katakan adalah, sekiranya iklan2 tersebut masih lagi tersiar pada bulan Jun 2009, saya anggap anda TIDAK PROFESSIONAL dan TIDAK berWAWASAN. Harap maaf..
Dalam pada masa yang sama juga saya telah sekali lagi menulis komen di blog kahwin**** pada entry “Siapa Yang Merampas Kuasa Sebenarnya?”. Saya adalah penulis komen yang pertama, pada awalnya komen saya telah dipaparkan tetapi sekarang telah dipadamkan.
Berikut komen saya:-
Salam,
Kemelut di Perak seperti rakyat diperbodohkan oleh politik. Di Kahwin**** pula bakal2 pengantin telah diperbodohkan oleh iklan2 yg tiada kaitan langsung dgn perkahwinan. Situasi yg hampir sama, dimana politik Perak sedang gilakan kuasa, manakala di Kahwin**** pula sedang gilakan duit..
*Kalau anda bersifat professional, publishkan komen2 pelawat walaupun komen tersebut berunsur negatif.
Seperti sebelumnya juga, kahwin**** telah membalas email dan komen saya melalui email seperti berikut:-
Salam Saudara Afizuddin,
Terima kasih kerana memberikan maklumbalas kepada kami. Sekali lagi, kami sangat menghargainya.
Harap maaf kerana kami tidak dapat memaparkan komen yang anda berikan kepada blog Kahwin ****. Kami terpaksa mengkuarantinkan komen anda kerana
terdapat beberapa perkataan yang mungkin pada kami ianya agak emosi dan tidak sesuai untuk di baca.Kami mengambil tindakan meng-kuarantin komen anda adalah kerana anda telah meletakkan beberapa link advertiser (MLM) yang sedikit sebanyak kemungkinan akan menyinggung perasaan mereka. Kami rasa ianya lebih baik sekiranya tidak disiarkan.
Kami akan bertindak professional sekiranya anda boleh memberikan komen dan maklum balas secara professional. Tetapi kami faham luahan anda adalah
untuk kebaikan kita bersama. Kami di Kahwin **** sangat menghargainya.Satu perkara yang menarik yang perlu anda tahu mengenai kami adalah, kami tidak pernah memikirkan keuntungan dalam membina portal Kahwin ****. Kami
menyumbangkan sebahagian wang yang kami terima kepada badan-badan amal (suku tahun ini kami memilih OrphanCare) untuk membantu mereka yang memerlukan. Sebahagian wang yang kami terima juga kami laburkan untuk memyewa server yang lebih baik dan berprestasi tinggi untuk memastikan Kahwin **** boleh beroperasi tanpa sebarang masalah. Kami tidak menjadikan Kahwin **** sebagai tempat untuk kami menjana pendapatan. Kami menjadikan Kahwin **** milik anda semua untuk sama-sama berniaga.* Untuk pengetahuan anda OrphanCare adalah sebuah badan amal yang ditubuhkan untuk membantu kanak-kanak yatim dan anak-anak yang ditinggalkan serta anak-anak yang tidak mampu ditanggung oleh ibubapa mereka. (http://www.orphancare.org.my). Kami di Kahwin **** telah memilih badan ini (baru ditubuhkan) untuk memastikan wang yang diberikan oleh pihak pengiklan seperti anda dapat digunakan ke arah yang lebih baik.
Kami berharap anda saudara Afizuddin berama PixCursor tidak menuduh kami terbabit dalam rasuah, pilih bulu, menjaga periuk nasi sendiri. Kami terpaksa memberitahu yang kami agak kecewa dengan tuduhan begitu. Kerana tujuan Kahwin **** dibina adalah untuk membantu anda untuk mempromosikan perniagaan anda.
Seperti yang kami janjikan kami akan mengkaji semula kontrak yang telah kami keluarkan kepada advertiser-advertiser ini dan kami tidak boleh sama sekali memindanya sehingga kontrak mereka habis. Harap maaf kerana kami tidak dapat memenuhi kehendak anda secara drastik. Kami terpaksa memikirkan banyak perkara sebelum bertindak.
Kami harap, saudara Afizuddin boleh terus menggunakan Kahwin **** tanpa ada sebarang rasa prasangka terhadap kami dan kami akan memastikan segala
pandangan dan maklum balas dari anda akan dikaji.Terima kasih kerana menghubungi Kahwin **** dan sekiranya anda perlukan bantuan dan pertanyaan, sila hubungi kami lagi.
I***
http://www.kahwin****.com
Selepas email ini saya hanya mendiamkan diri sahaja selama 2 minggu. Dan semalam pada 1 Jun 2009, saya dengan tegasnya telah meminta pihak kahwin**** untuk mengeluarkan PixCursor dari senarai Direktori dan Billboard di kahwin****. Berikut email saya kepada kahwin**** :-
Sila keluarkan PixCursor dari senarai ‘Billboard’ dan ‘Direktori’ Kahwin**** anda. Saya tidak berminat berurusan dengan orang yang tidak professional dan tidak berwawasan seperti anda. Saya juga tidak mahu lagi bersekongkong dengan Kahwin**** untuk menipu bakal-bakal pengantin.
Email saya telah dibalas seperti berikut:-
Salam Saudara Afizuddin,
Terima kasih kerana menghubungi Kahwin ****.
Sila login ke Kahwin ****, dan klik butang delete untuk mendelete iklan direktori anda.
Terima kasih.
Selepas membaca email tersebut, saya terus sahaja login dan memadamkan iklan saya sendiri di direktori kahwin****. Selepas 3 jam, saya dapati Billboard saya masih lagi terpampang di ruang iklan kahwin****. Sekali lagi saya menghantar email. Email kali ini ringkas tetapi font size besar dan berwarna merah :-
Sila keluarkan PixCursor dari senarai ‘Billboard’ Kahwin**** anda.
Tidak lama selepas itu saya terima satu email dari kahwin**** :-
Salam Saudara Azuddin,
Terima kasih kerana menghubungi Kahwin ****.
Kami ingin memaklumkan bahawa kami telah mengeluarkan billboard anda di
portal Kahwin ****.Terima kasih.
![]()
I***
http://www.kahwin****.com
Selepas membaca, saya terus ke laman web kahwin**** untuk memastikan Billboard saya benar-benar telah dibuang. Ya, memang telah dibuang, lega rasa hati. Saya tidak kisah pun walaupun Billboard saya sepatutnya tamat pada 10 Ogos 2009. Yang penting saya puas hati.
Setiap perkataan dari email-email laman web tersebut sangat sopan dan berbudi bahasa. Tidak ada satu pun perkataan yang kasar dari email-email di atas.
Apa yang saya akan dedahkan seterusnya ialah komen yang saya terima sejurus selepas saya meminta untuk mengeluarkan iklan saya. Komen ini telah ditulis di dalam blog ini dan juga di dalam fotopages PixCursor. Penulis komen juga telah cuba memperburukkan nama ex-client saya yang bernama Ida dengan menggunakan nama samaran beliau sebagai ‘ida775′. Apa yang menarik disini ialah, penulis komen-komen tersebut datangnya dari orang yang sama dengan orang yang membalas email saya di atas.
Buktinya, lihat saja gambar-gambar di bawah. Sila klik gambar-gambar dibawah untuk melihat versi penuh. Kantoiiiiii…! ! ! !
Anda boleh download versi original (Outlook Express) email tersebut http://www.pixcursor.com/kantoi.zip




salam…
wah, betul2 marah saudara kita ni ye…
tp… kalu saya dipihak saudara pun, mesti angin satu badan….
kesimpulannya, mmg byk makhluk yg suka ambil kesempatan ke atas org lain… hehe
banyakkan bersabar…ni semua dugaan untuk kita lebih berjaya..
menarik betul cerita ni…
terima kasih atas pendedahan anda encik afizudin, sekarang ni ada macam macam jenis orang aku pun ada kena
Bgs2..Anda tlh melakukan 1 perbuatan yang betul.Kite sbgi photographer kne bersatu..!!!
aku pun ada iklan gak kat tmpt tuh…(kalo betol la web yg saudara katakan tuh)…tapi aku xtau nak komen cmna..sbb mmg dah resmi org niaga. Suma nak cari duit lebih..dia cari duit kita pun cari duit. Tp kalo niat saudara mmg utk kebaikan suma dan lebih tepat niat anda baik…anda mmg tulus dan berani. Tapi sbg photographer…aku kecewa…xpernah lagi org call aku sejak 5 6 bulan iklan kat ctuh.hehe.
sabar la bro.. biasa la.. org melayu yg ada ‘PHD’ memang mcm tu..
tak patut betul mereka ini,
patut mereka membantu, tapi mereka menjatuh kita pula..
kesal saya dengarnya.
apapun tq bro, for info..
sekurang rakan2 lain yang tidak tahu, kini tahu semua
kedalangan di ruangan itu.
harap bro. banyak bersabar dan fikirlah apa yang sesuai
utk jadikan pengajaran pada mereka.
bukat berniat apa, at least mereka sedar…
just pandangan dari saya.
Terima kasih kerana sudi singgah di fp saya. Saya harap saudara afizuddin berjaya dalam biz saudara tanpa di ambil kesempatan oleh makhluk2 yang x beretika dan pro. amin…….
hehehe..blh tahan jugak ek.hehehe.. btw..thanks a lot coz visit fp sy.. dah lame sy xupdate..pahem2 je la ek..musim2 cuti ni..
thanks visit…
zaman skang nie sume kejar duit…
tp kalau dpikirkan balik btul gak…
kalau buss kawin buat aper nak campur aduk kan ngan politik n sebagainye
rase mcm tak kene lak..
org sebok nak tgk gmbr kawin or carik services kawin
nie sebok nak berpolitik…
ahaks
kengkwn saya ade mengalami kes sebegini yg membawa kerosakan teruk pada nilai persahabatan ramai2. harap semua dapat ambil iktibar dari ape yang berlaku. bertanggung jawablah dgn setiap perbuatan kita
Semoga semua photographer bersatu untuk memberi perkhidmatan yg baek kepada bakal pengantin…
Terima kasih kepada semua visitor2 yg menyokong saya..
salam, bro..
harap bersabo ye bro.. klu dh rezeki kita xkan ke mana… hehehe.. semoga sukses dan maju jaya…
salam bro..
gitu erk alkisahnya.. bes jugak boleh baca part nih..
tapi biasalah adat org berniaga nak untung lebih.. tu portal, dia ingat dia yang punya.. jadi adalah hak mutlak dia lah agaknya dia nak terima sebarang iklan pun …
isk yer ker x… nih!..
btw salam perkenalan utk tuan umah..
muahahaa.. kantoi.. dia ingat phothographer buta IT kot..
kikiki…skali IP add kuar daa…. zaman skarg mcm2 cara org buat nak dpt duit…mcm2 cara juga org nk kutuk org…mcm2 gak la cara org kantoi… dia lupa…IP kita sentiasa ada… tu la…x pro ngaku pro….
anyway aku sokong tindakan hang!!
-aku yg x pro-
memang depa ni kira nak kumpul duit saja
ni kes lempar batu sembunyi tangan la ni….
Entryku kali ini;
Masuk ke hutan berbaju celoreng
Pelanduk lalu di depan mata
Bising umpama bertih digoreng
Dilapang sasar beradu kita
Itulah manusia kan….Banyak yang yang hipokrit…Baik hanya di depan, belakang, perangai langsung tak leh pakai.Saya trut brsimpati dengan anda…
aduihhh .. takpe bro bawak bersabar… tu haaa dah terkena
Sabar yer…Kami juga sebagai pesaing kepada portal itu mengetahui itu masalahnya.Dan ramai juga yang komplain tentang masalah itu.Diharap anda tidak lagi serik untuk mengiklan di portal seperti ini.
bersabarlah dengan dugaan ini, terima kasih kerana memaparkan kisah ini untuk tauladan semua fotografer di Malaysia ni. perkara yang buruk lambat-laun akan terbongkar juga. benda yang baik akan timbul kebenaran diakhirnya……
salam.. saya rasa saya tak kisah sgt kalau diorg letak iklan MLM kat website diorg.. tu hak diorg. tapi yg teruk tu sbb diorg buat2 baik depan client, kat blkg cuba nak burukkan nama org lain.. haa.. part tu saya sangat2 la tak setuju..
harap2 org lain jdkan cerita ni sbg pengajaran.. jgn igt photographer buta IT hehe.
Best juga baca cerita ni… Aku rasa aku tahu portal yang kau maksudkan tu.. pada aku, memang portal-portal mcm ni perlu kan sumber kewangan sebab kalau nak buat portal macam tu aku rasa mungkin makan belanja yang besar. aku pernah jumpa dengan owner portal ni masa ada event kat amcorp mall dulu… pernah minum2 lagi… tak sangka pulak dia balas kat kau mcm tu…..
artikel yang bagus dari jurufoto yang bagus..be strong..kita tau kita saper..