Zairi & Razlin – Engagement
Dah lama rasanya tak update blog ni.. nasib baik tak bersawang.. haha.. ok, start tahun 2010, saya akan fokuskan blog ni utk gambar-gambar hantaran dan pelamin sahaja.. gambar pengantin pun ada tapi dalam 1-2 gambar je.. sebabnya gambar pengantin dah ada dalam official web..
Tujuan utama kenapa blog ni fokus pada gambar hantaran dan pelamin sahaja, adalah kerana untuk membantu bakal2 pengantin untuk melihat contoh atau mencari idea konsep2 hantaran dan pelamin mereka..
Jadi utk post kali ni, saya publish kan gambar hantaran pertunangan antara Razlin dan Zairi.. Untuk Razlin, selamat bertunang saya ucapkan.. terima kasih kerana mengambil saya sebagai fotografer.. Alhamdulillah, Razlin puas hati dengan gambar2 yang saya shoot.. Next post ialah gambar majlis kahwin Jalil & Ainna serta majlis aqiqah Asyeefa Mirna, baby kepada pasangan Fendy & Maria. Tunggu….

Owned by NetCursor Solutions (SA0072204-D)
OFFICIAL WEBSITE : www.pixcursor.com
Fotopages : pixcursor.fotopages.com














