afizudin@PixCursor

CANON | 5D Mark II, 1000D, 24-105mm f/4L IS, 50mm f/1.4, 580EX II

Asyeefa Mirna

March16

IMG_4682

IMG_4667
Pengantin kecil.. bukan orang dewasa je boleh jadi pengantin ye.. yg masih digelar baby pun boleh digelar pengantin. Sebenarnya ini adalah Majlis Aqiqah Asyeefa Mirna, baby sulong pasangan Afendy dan Maria.. untung baby ni, siap dapat pelamin buaian lagi..

IMG_4678 IMG_4683 IMG_4668 IMG_4727

PixCursor
Owned by NetCursor Solutions (SA0072204-D)
OFFICIAL WEBSITE : www.pixcursor.com
Fotopages : pixcursor.fotopages.com

Kebakaran di KESAS

September11

Semalam masa balik keje ada kebakaran kat sebelah Shell kat R&R Kinrara KESAS.

Semasa kebakaran…
IMG_0055

IMG_0057

Selepas kebakaran…
IMG_0060

PixCursor
Owned by NetCursor Solutions (SA0072204-D)
OFFICIAL WEBSITE : www.pixcursor.com
Fotopages : pixcursor.fotopages.com

Kisah Portal Kahwin Yang Kantoi… ! ! !

June2

Salam dan selamat sejahtera kepada semua pelawat-pelawat yang membaca entry kali ini.

Tujuan entry ini adalah bertujuan untuk berkongsi cerita kepada anda semua berkenaan sikap dan tingkah laku seseorang yang anda kenali dan dianggap sopan dihadapan anda, tetapi tidak di belakang anda.

Kita sememangnya sudah sinonim dengan maksud ‘kahwin’, ianya berkait rapat dengan servis-servis seperti katering, mak andam, pelamin, hantaran, fotografer dan sebagainya. Wujud juga laman-laman web khusus untuk bakal-bakal pengantin bagi mencari servis-servis yang mereka perlukan dan secara tak langsung laman web ini telah membantu bakal-bakal pengantin ini.

Saya sebagai fotografer juga telah mengambil inisiatif ini untuk mengiklan servis saya di laman web www.kahwin****.com sejak tahun 2008 lagi. Saya sangat tertarik dengan nama domain yang diberikan, www.kahwin****.com dimana perkataan ‘kahwin’ telah digunakan. Jadi, pada pandangan saya kalau dah nama domain pun ‘kahwin’, sudah tentulah ianya khusus untuk perkahwinan sahaja.

Rupa-rupanya saya silap, laman web tersebut telah disalah-gunakan. Kebelakangan ini banyak iklan-iklan yang telah melanggar etika perkahwinan diruangan iklan laman web tersebut. Pada 14 Mei 2009, saya dengan perasaan kecewa telah menulis komen di blog kahwin**** tersebut. Berikut komen yang telah saya tulis:-

Saya dgn jujur ingin mengatakan website kahwin**** versi terbaru ini adalah yg terbaik untuk industri perkahwinan di Malaysia. Malangnya telah berlaku beberapa iklan yg telah melanggar etika lama web di sini. Adakah berlaku unsur-unsur rasuah di sini, atau unsur-unsur politik pilih bulu..

Apakah kaitan laman web “KAHWIN”**** dgn “PELABURAN INTERNET”. Adakah pihak kahwin**** ingin merosakkan periuk nasi sendiri?? Fikir-fikirkan lah semula iklan dari ‘VEMMA’.

Link URL seperti dibawah adalah IKLAN PEROSAK laman web kahwin****.

1. *************************
2. *************************

Komen saya diatas telah dikuarantinkan dan telah dibalas melalui email:-

Salam Saudara Afizudin,

Terima kasih kerana memberikan komen ke dalam blog Kahwin ****.

Segala pandangan yang diberikan oleh anda amat kami hargai. Saya secara peribadi setuju dengan apa yang telah anda lontarkan dan suka cita kami ingin memaklumkan bahawa kami sedia mengkaji kontrak pemasangan iklan Headline, Billboard dan Kiosk kami.

Untuk pengetahuan anda, kontrak pengiklanan yang telah diberikan kepada advertiser di Kahwin **** tidak menyatakan syarat-syarat berkenaan iklan MLM, kami menerima sebarang iklan asalkan mereka tidak menyalahi undang-undang, tiada unsur perjudian dan lucah.

*kemungkinan saudara Afizudin tidak menerima kontrak ini kerana anda adalah advertiser dari Kahwin **** versi Beta Pertama.

Oleh itu kami terpaksa menerima apa sahaja iklan yang memenuhi kontrak yang telah kami berikan.

Impaknya, kami menerima pelbagai maklum balas dari pengguna-pengguna Kahwin **** yang sependapat dengan anda.

Apa yang akan kami lakukan adalah, kami akan mengkaji semula kontrak ini dan sekiranya perlu, kami tidak akan memperbaharui iklan-iklan yang tidak berkaitan dengan perkahwinan.

Akhir kata, kami dari Kahwin **** akan sentiasa memastikan anda adalah keutamaan kami (usahawan-usahwan perkahwinan).

I***
http://www.kahwin****.com
Pembantu Bisnes Kahwin Anda

Dan saya juga telah membalas email diatas seperti berikut:-

Terima kasih kerana keperihatinan kahwin****..

Apa yg ingin saya katakan adalah, sekiranya iklan2 tersebut masih lagi tersiar pada bulan Jun 2009, saya anggap anda TIDAK PROFESSIONAL dan TIDAK berWAWASAN. Harap maaf..

Dalam pada masa yang sama juga saya telah sekali lagi menulis komen di blog kahwin**** pada entry “Siapa Yang Merampas Kuasa Sebenarnya?”. Saya adalah penulis komen yang pertama, pada awalnya komen saya telah dipaparkan tetapi sekarang telah dipadamkan.

Berikut komen saya:-

Salam,

Kemelut di Perak seperti rakyat diperbodohkan oleh politik. Di Kahwin**** pula bakal2 pengantin telah diperbodohkan oleh iklan2 yg tiada kaitan langsung dgn perkahwinan. Situasi yg hampir sama, dimana politik Perak sedang gilakan kuasa, manakala di Kahwin**** pula sedang gilakan duit..

*Kalau anda bersifat professional, publishkan komen2 pelawat walaupun komen tersebut berunsur negatif.

Seperti sebelumnya juga, kahwin**** telah membalas email dan komen saya melalui email seperti berikut:-

Salam Saudara Afizuddin,

Terima kasih kerana memberikan maklumbalas kepada kami. Sekali lagi, kami sangat menghargainya.

Harap maaf kerana kami tidak dapat memaparkan komen yang anda berikan kepada blog Kahwin ****. Kami terpaksa mengkuarantinkan komen anda kerana
terdapat beberapa perkataan yang mungkin pada kami ianya agak emosi dan tidak sesuai untuk di baca.

Kami mengambil tindakan meng-kuarantin komen anda adalah kerana anda telah meletakkan beberapa link advertiser (MLM) yang sedikit sebanyak kemungkinan akan menyinggung perasaan mereka. Kami rasa ianya lebih baik sekiranya tidak disiarkan.

Kami akan bertindak professional sekiranya anda boleh memberikan komen dan maklum balas secara professional. Tetapi kami faham luahan anda adalah
untuk kebaikan kita bersama. Kami di Kahwin **** sangat menghargainya.

Satu perkara yang menarik yang perlu anda tahu mengenai kami adalah, kami tidak pernah memikirkan keuntungan dalam membina portal Kahwin ****. Kami
menyumbangkan sebahagian wang yang kami terima kepada badan-badan amal (suku tahun ini kami memilih OrphanCare) untuk membantu mereka yang memerlukan. Sebahagian wang yang kami terima juga kami laburkan untuk memyewa server yang lebih baik dan berprestasi tinggi untuk memastikan Kahwin **** boleh beroperasi tanpa sebarang masalah. Kami tidak menjadikan Kahwin **** sebagai tempat untuk kami menjana pendapatan. Kami menjadikan Kahwin **** milik anda semua untuk sama-sama berniaga.

* Untuk pengetahuan anda OrphanCare adalah sebuah badan amal yang ditubuhkan untuk membantu kanak-kanak yatim dan anak-anak yang ditinggalkan serta anak-anak yang tidak mampu ditanggung oleh ibubapa mereka. (http://www.orphancare.org.my). Kami di Kahwin **** telah memilih badan ini (baru ditubuhkan) untuk memastikan wang yang diberikan oleh pihak pengiklan seperti anda dapat digunakan ke arah yang lebih baik.

Kami berharap anda saudara Afizuddin berama PixCursor tidak menuduh kami terbabit dalam rasuah, pilih bulu, menjaga periuk nasi sendiri. Kami terpaksa memberitahu yang kami agak kecewa dengan tuduhan begitu. Kerana tujuan Kahwin **** dibina adalah untuk membantu anda untuk mempromosikan perniagaan anda.

Seperti yang kami janjikan kami akan mengkaji semula kontrak yang telah kami keluarkan kepada advertiser-advertiser ini dan kami tidak boleh sama sekali memindanya sehingga kontrak mereka habis. Harap maaf kerana kami tidak dapat memenuhi kehendak anda secara drastik. Kami terpaksa memikirkan banyak perkara sebelum bertindak.

Kami harap, saudara Afizuddin boleh terus menggunakan Kahwin **** tanpa ada sebarang rasa prasangka terhadap kami dan kami akan memastikan segala
pandangan dan maklum balas dari anda akan dikaji.

Terima kasih kerana menghubungi Kahwin **** dan sekiranya anda perlukan bantuan dan pertanyaan, sila hubungi kami lagi.

I***
http://www.kahwin****.com

Selepas email ini saya hanya mendiamkan diri sahaja selama 2 minggu. Dan semalam pada 1 Jun 2009, saya dengan tegasnya telah meminta pihak kahwin**** untuk mengeluarkan PixCursor dari senarai Direktori dan Billboard di kahwin****. Berikut email saya kepada kahwin**** :-

Sila keluarkan PixCursor dari senarai ‘Billboard’ dan ‘Direktori’ Kahwin**** anda. Saya tidak berminat berurusan dengan orang yang tidak professional dan tidak berwawasan seperti anda. Saya juga tidak mahu lagi bersekongkong dengan Kahwin**** untuk menipu bakal-bakal pengantin.

Email saya telah dibalas seperti berikut:-

Salam Saudara Afizuddin,

Terima kasih kerana menghubungi Kahwin ****.
:) Sila login ke Kahwin ****, dan klik butang delete untuk mendelete iklan direktori anda.

Terima kasih.

Selepas membaca email tersebut, saya terus sahaja login dan memadamkan iklan saya sendiri di direktori kahwin****. Selepas 3 jam, saya dapati Billboard saya masih lagi terpampang di ruang iklan kahwin****. Sekali lagi saya menghantar email. Email kali ini ringkas tetapi font size besar dan berwarna merah :-

Sila keluarkan PixCursor dari senarai ‘Billboard’ Kahwin**** anda.

Tidak lama selepas itu saya terima satu email dari kahwin**** :-

Salam Saudara Azuddin,

Terima kasih kerana menghubungi Kahwin ****.

Kami ingin memaklumkan bahawa kami telah mengeluarkan billboard anda di
portal Kahwin ****.

Terima kasih. :)

I***
http://www.kahwin****.com

Selepas membaca, saya terus ke laman web kahwin**** untuk memastikan Billboard saya benar-benar telah dibuang. Ya, memang telah dibuang, lega rasa hati. Saya tidak kisah pun walaupun Billboard saya sepatutnya tamat pada 10 Ogos 2009. Yang penting saya puas hati.

Setiap perkataan dari email-email laman web tersebut sangat sopan dan berbudi bahasa. Tidak ada satu pun perkataan yang kasar dari email-email di atas.

Apa yang saya akan dedahkan seterusnya ialah komen yang saya terima sejurus selepas saya meminta untuk mengeluarkan iklan saya. Komen ini telah ditulis di dalam blog ini dan juga di dalam fotopages PixCursor. Penulis komen juga telah cuba memperburukkan nama ex-client saya yang bernama Ida dengan menggunakan nama samaran beliau sebagai ‘ida775′. Apa yang menarik disini ialah, penulis komen-komen tersebut datangnya dari orang yang sama dengan orang yang membalas email saya di atas.

Buktinya, lihat saja gambar-gambar di bawah. Sila klik gambar-gambar dibawah untuk melihat versi penuh. Kantoiiiiii…! ! ! !




Anda boleh download versi original (Outlook Express) email tersebut http://www.pixcursor.com/kantoi.zip

[WTS] Brand New Original Lowepro For Sale

April23

Item : Original Lowepro Bag
Warranty: Limited Lifetime Warranty
Dealing method: Self Collect / Skynet
Location : Saujana Utama, Sg. Buloh / Puncak Alam
Contact : SMS 013-2565451
Conditions: Brand New
Delivery Time: 3 business days or faster
Shipping: SKYNET (Free Shipping Within Malaysia)
Payment Method: Maybank2u (Full payment requires)

Inverse 200 AW – RM360.00
Slingshot 200 AW – RM320.00
Fastpack 200 – RM350.00
Fastpack 250 – RM425.00
Flipside 200 – RM350.00
Micro Trekker 200 – RM340.00
Mini Trekker AW – RM465.00
CompuTrekker AW – RM565.00
Classified 160 AW – RM565.00

For other models, price will be provide by request. Please check with me the availability stock before you place an order.

Pix of Classified 160 AW

PixCursor
Owned by NetCursor Solutions (SA0072204-D)
OFFICIAL WEBSITE : www.pixcursor.com
Fotopages : pixcursor.fotopages.com

[WTS] Lowepro Mini Trekker & Off Trail 2 For Sale

March31

Item 1: Lowepro Mini Trekker AW (Black)
Price: SOLD
Dealing method: COD Only
Location : Sg. Buloh / Shah Alam / Bukit Jalil
Contact : SMS/Call 013-2565451 (Afizudin)
Age of item: 3 March 2008
Conditions: 9.9/10 (Like New).
Reason for selling: Unused bag. Use less than one month, After that always in plastic bag.

Item 2: Lowepro Off Trail 2 (Black)
Price: SOLD
Dealing method: COD Only
Location : Sg. Buloh / Shah Alam / Bukit Jalil
Contact : SMS/Call 013-2565451 (Afizudin)
Age of item: Less than 1 month
Conditions: 10/10 (Like New).
Reason for selling: Bag not suitable for me. Just open and test only. Want to sell since day one, but very busy for submit MOE Tender. Just bought from here http://www.shutterasia.com/forum/sho…t=21965&page=2