March31
Sebenarnya sebelum saya terima sms pertama dr Ida, ada kisah ngeri dan menakutkan bagi semua fotografer2. Peristiwa berlaku pada malam jumaat 5hb mac, dimana seorang Hamba Allah ni telah bersetuju untuk berjumpa pada jam 9.00 malam, 30 minit sebelum tu dia telah call saya bgtau yg dia lambat sampai, mungkin pukul 10.00 mlm. Jadi saya pun mengambil keputusan utk makan dulu bersama2 wife anak saya. Tepat jam 10.00 mlm saya dah sedia menunggu, sampai pukul 11.00.. masih lagi tak sampai2, saya tunggu lagi, 11.30 tak sampai jugak, then saya sms tp takde reply. 5 minit lepas tu saya call tapi tak berangkat. Lepas 5 minit saya call lagi tak de org angkat jugak, saya call lagi tak angkat.. Saya pun dah ngantuk, saya sms kat dia saya nak balik, sampai skrg takde reply. Tak sangka ada jugak org nak tipu macam ni. Nasib badan apa nak buat…
Esoknya lepas solat jumaat, Ida sms saya tanya pasal pakej. Selepas perbincangan melalui sms dgn Ida, saya minta ida confirmkan dgn saya sebelum atau pada hari ahad jika bersetuju nak ambik saya sebagai fotografer dia. Sebab nya saya tak biasa dgn Jln Duta KL, jadi saya kena servey jalan dulu hari isnin. Petang ahad tu saya dpt sms drpd Ida yg dia confirm nak pakai saya. So, esok nya saya terus servey nak tau rumah Ida kat mana. Sesat sikit kat LHDN, saya call Ida minta direction. Then saya carik balik sampai lah jumpa kat pintu gerbang area rumah Ida, pastu saya call Ida tanya betul ke tak area tu, Ida kata betul. Cadang nak jumpa terus tp rupanya Ida kat luar so saya terus balik. Lebih kurang 10-15 minit saya dpt sms dr Ida bgtau dah bank-in deposit.. Wow.. Ida ni mmg seorang yg menepati masa. Lepas habis shoot event pun, dia terus byr full payment.. Senang kerja dgn Ida ni, TQ Ida, saya doakan semoga sampai ke jinjang pelamin dan terus kekal selamanya.. amin…






February11
Majlis Budi ni saya terima last minit, seminggu sebelum majlis. Itu pun saya cume reserved kan je sebab booking payment belum dibayar. Tak kesampaian nak jumpa, maklumla baru balik dari Qatar, sibuk pula dgn persiapan majlis. Masa jumpa dekat rumah Julie pun tak boleh buat apa2, sebab saya tak bawak aggreement. Jadi saya cuma reserved kan date saja. Alhamdullillah majlis Budi berjalan dgn lancar. Meriah sekali dgn gelagat2 keluarga belah Julie, you all mmg ROCK!! Apa2 pun saya mintak maaf byk2 kat Budi sebab tak dapat nak buat outdoor, sebab hujan.



Ni la keluarga belah Julie, sporting.. pantang freestyle je, mcm2 la jadi

“Dia… Isabella.. lambang cinta..”
February5
Seminggu sebelum majlis resepsi ni, saya telah pergi servey jalan ke rumah Julie. Masa tu lah saya jumpa Budiman husband Julie. Budi ni kalau dia bercakap, memang berbudi bahasa dan sopan santun, mmg kenalah dgn nama dia jugak. Masa jumpa tu rupa2nya Budi ni baru je 3 hari balik dari Qatar.. Keluarga belah Julie semua memang sporting. Diorg ni lah yg buat majlis jadi happening habis..

“Wiii…duri.. eloq bagai rembulan…”

February1
Daripada izwan(http://www.izwanjailani.com) kepada Farid(http://www.farididzwan.com), Dan daripada Farid terus ke Saya.. Saya amat berterima kasih kepada mereka2 ini kerana telah memperkenalkan saya kepada Julie. Masa mula2 Julie call saya, selepas bercakap 1-2 minit, dia terus je tanya mcm mana nak bayar booking, belum pernah org call saya terus nak bayar booking. Jadi saya nasihatkan Julie supaya tengok dulu website saya, then kalau hasil kerja saya memuaskan hati, baru boleh buat booking. Alhamdulillah Julie berkenan dgn hasil kerja saya. Thanks Julie.. malam esok nya barulah Julie buat appointment dgn saya utk sesi discussion dan pembayaran booking.
Pada job Julie ni, pukul 6.15pagi lagi saya dah kena keluar rumah. Satu penderaan drpd pengantin, hehe.. takpe saya tak kisah. Sebab Julie minta saya shoot gambar makeup. Sesi make-up bermula pukul 7 pagi. Jadi saya kena sampai dalam pukul 7 pagi. Masa saya sampai, saya nak masuk rumah pun segan2, sbb ada org tgh tidur lagi kat ruang tamu.. hehe.. ok enjoy the pix!



